Thursday, August 7, 2014

Cara dan panduan menanam cili dalam pasu atau polybag

Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.
Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.

i. Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.

ii. Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.

iii. Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.

iv. Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.

v. Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.

vi. Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 – 15 kilogram sepokok.


Bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai tanah yang luas, panduan berikut boleh diikuti.

i. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 meter lebar dan 22 – 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan manakala jarak antara batas pula ialah 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.






PENYEDIAAN ANAK BENIH

Semaian anak benih cili

Cara dan panduan menanam cili dalam pasu atau polybag




Semaian anak benih cili

i. Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput dan satu bahagian pasir.

ii. Semai lima gram biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutp benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman adalah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok.

iii. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.

iv. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.

v. Ubah anak benih ke ladang 3 – 4 minggu selepas disemai .

vi. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.

MENANAM
i. Anak benih yang berumur enam minggu boleh diubah terus ke batas.

ii. Sebelum mencabut basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak beni dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.

iii. Jarak tanaman adalah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris.

PENJAGAAN
i. Tabur baja di keliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu.

ii. Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

iii. Bersihkan batas daripada rumpai menggunakan tanah, cangkul atau tajak.


TUAIAN HASIL

Tuaian hasil cili merah

Tuaian hasil cili merah

i. Cili boleh dipetik lapan minggu selepas diubah ke ladang dan pungutan hasil dibuat setiap tiga atau empat hari.

ii. Anggaran hasil dari kawasan 50 meter persegi adalah 100-200 kg.





















Panduan Penternakan Ikan Keli Dalam Tangki Polythelene (PE)

 Assalammualaikum saya Mohd Zul AZri Bin Zulkiflee ingin menerangkan Penternakan Ikan Keli Di Dalam Tangki Polythelene(Pe).Ternakan Ikan dalam tangki Polythelene (PE) merupakan sistem ternakan alternatif kepada sistem-sistem ternakan air tawar yang lain. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan ruang kawasan yang luas, tidak perlu membina kolam, kurang tenaga buruh dan boleh dijadikan sebagai hobi untuk memperolehi pendapatan secara sampingan. Walau bagaimanapun sistem ini hanya sesuai kepada ternakan spesis ikan keli (Clarias gariepinus), puyu, tilapia serta beberapa spesis ikan hiasan yang lain. 


Terdapat dua jenis reka bentuk tangki (PE) iaitu berbentuk segiempat sama dan bulat yang bersaiz antara satu hingga lima tan metrik dalam dua jenis warna hitam dan biru. Penternak digalakkan menggunakan tangki berwarna biru kerana senang untuk melihat tumbesaran ikan dan mengesan kekotoran berbanding dengan tangki berwarna hitam. Untuk tujuan ternakan ikan, tangki berbentuk bulat digalakkan, manakala asuhan benih ikan tangki berbentuk segiempat sama digalakkan. 
Untuk menyediakan tangki baru sebelum memulakan ternakan, langkah2 berikut perlu diambil:
  • Tangki yang baru diperolehi perlu dibersihkan dengan teliti agar bahan kimia tidak memberi kesan negatif kepada benih ikan yang dilepaskan

  • Tangki baru perlu diisi dengan air yang bersih sehingga keparas maksimum dan dibiarkan selama seminggu untuk menyahkan kesan bahan kimia. Adalah lebih baik jika air dialirkan terus untuk mengurangkan kesan toksik.
Untuk Tangki yang telah lama digunakan beberapa langkah perlu diambil:
  • Selepas kutipan hasil dijalankan, dinding dan dasar tangki perlu dibersihkan untuk membuang lumut, najis dan sisa makanan.
  • Tangki dicuci dengan larutan garam berkepekatan 10gram/liter dan jemur selama 2 hingga 3 jam untuk membunuh parasit agen penyakit. Kemudian bilas dengan air bersih dan keringkan.
Langkah-langkah berikut perlu diambil sebelum memasukkan air kedalam tangki:
  • Sebelum memasukkan air, tangki dan sistem diperiksa bagi memastikan tiada sebarang kebocoran.

  • Masukkan air bersih sedalam 15cm dan tambahkan dengan 15cm air hijau supaya paras air menjadi 30cm

  • Tambahkan satu liter Efektif Mikroorganisma-EMAS 2 kedalam tangki ternakan untuk meningkatkan mutu air dan memperkayakan kandungan plankton yang merupakan makanan semulajadikepada ikan ternakan.
Bagi benih ikan keli bersaiz 10gram seekor atau 7.5cm, kadar yang sesuai adalah antara 150 ekor hingga 200 ekor semeter persegi. Biasanya benih keli dibungkus di dalam beg plastik dan berisi gas oksigen. Rendam beg plastik selama setengah jam atau sehingga suhu air kedua-duanya sama. Buka beg plastik dan lepaskan benih kedalam tangki ternakan.

Makanan rumusan yang terdiri dari pelet starter yang mengandungi 30-32% protein adalah disyorkan dalam ternakan keli dalam tangki dengan kadar pemberian seperti berikut:
Umur ikan dan Peratus dari berat badan (%)

1-20 (5%)
21-40 (4%)
41-60 (3%)
61-80 (3%)

Kadar penukaran makanan (FCR) bagi keli adalah 2.0-2.51:1. Ini bermaksud dua hingga 2.5 kilogram pelet diperlukan untuk menghasilkan satu kilogram ikan keli. Anggarkan bilangan ikan yang masih terdapat dalam tangki dan didarabkan berat purata dengan bilangan ikan untuk mendapatkan jumlah berat ikan. Darabkan jumlah berat ikan dengan kadar pemberian makanan untuk mendapatkan jumlah yang perlu diberi sehari bagi 14 hari berikutnya.

Contoh pengiraan:
Katakan purata berat seekor ikan adalah 50gram. Andaikan terdapat 350 ekor ikan dalam tangki. Maka jumlah berat ikan adalah 350 ekor X 50gram = 17.5kg

Katakan kadar pemberian makanan adalah 5%, maka jumlah makanan sehari adalah 5% X 17.5kg = 0.85kg, atau 875gram. Ini bermakna jumlah makanan yang perlu diberi adalah sebanyak 875g, sehari selama 14hari berikutnya.

Selepas 14hari buat lagi persampelan untuk menentukan jumlah makanan yang diperlukan untuk 14 hari berikutnya. Proses ini diulangi sehingga 14 hari sebelum kutipan hasil dijalankan.

Makanan tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 437.5gram diberi pada sebelah pagi dan 437.5gram diberi pada sebelah petang pada jam 6.00 ptg. Makanan perlu diberi pada waktu senja kerana pada masa itu ikan keli sedang aktif dan kadar metabolisme adalah tinggi bagi membantu meningkatkan penghadaman. Makanan juga boleh direndam didalam EM untuk mempercepatkan tumbesaran ikan.

Makanan diberi secara menabur sedikit demi sedikit sehingga habis dimakan oleh ikan . Semasa makanan diberi, penternak boleh memantau pembesaran dan kesihatan ikan. Jangan beri makanan kepada ikan ketika cuaca mendung dan hujan lebat. Ini adalah kerana ikan tidak aktif jika suhu air menjadi rendah dan ini membazirkan dan mengotorkan tangki ikan.

Tangki perlu ditutup untuk mengelakkan perubahan suhu yang terlampau ketika hujan lebat. Jika julat suhu terlampau berbeza, ikan akan menjadi stress dan akan mudah diserang parasit atau agen penyakit lain. Manakala jika terlampau terdedah kepada cahaya matahari, ikan akan mendapat penyakit lecur kulit kerana air menjadi panas. Untuk mengatasi masalah ini, tangki perlu dilindungi dengan jaring orkid dengan kadar penembusan cahaya sebanyak 50%.