Penyakit "Foot and Mouth Disease" (FMD) adalah sejenis penyakit ternakan yang disebabkan oleh sejenis virus. Penyakit ini mudah merebak dan berjangkit kepada ternakan yang berkuku seperti lembu, kerbau, bebiri dan babi. Haiwan liar seperti rusa dan kijang juga boleh mengidapi penyakit ini.
Mengapa Penyakit FMD Perlu dikawal FMD perlu dikawal kerana penyakit ini akan menjejaskan perkembangan perusahaan ternakan negara ini.
Dari segi pengeluaran, Ternakan yang dijangkiti penyakit tersebut akan menjadi kurus dan tidak produktif. Anak anak yang terjangkit akan terbantut dan boleh membawa maut. Ibu-ibu lembu yang sedang Mengeluarkan susu, akan terjejas pengeluarannya. Dari segi ekonomi pula Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mengawal penyakit tersebut daripada merebak ke seluruh negara.
Export ternakan dan bahan daging dari negara ini akan terjejas kerana pengimport tidak akan mengimport hasil hasil ternakan dari sesebuah negara yang tidak bebas daripada SKM. Oleh yang demikian amatlah penting bagi pihak dengan kerjasama para penternak untuk mengawal dan menghapuskan penyakit ini supaya negara akan bebas dan perdagangan ternakan tidak terjejas.
Agen Penyebab:
* Virus FMD, keluarga Picornaviridae
* Serotype (O, A dan Asia 1)
Diagnosis Perbezaan:
* Vesicular stomatitis
* Mucosal disease
Epidemiologi:
* Incubation period’ 2 – 8 hari
* Cepat merebak (morbidity sehingga 100%)
* Menjangkiti ternakan berkuku kaki dua (lembu, kerbau, kambing, bebiri, khinzir)
* Kadar kematian (mortaliy) rendah pada dewasa dan kebiasaannya tinggi pada anak.
Tanda Klinikal:
Air liur berbuih dan bertali
Tempang, lesi berkudis dicelah dan sekeliling kuku kaki
Kawalan dan Pencegahan:
Vaksinasi
Biosekuriti ladang
No comments:
Post a Comment